Projek Perusahaan Nanas

Projek

PROJEK PERUSAHAAN NANAS

  • Sejajar dengan saranan kerajaan, KPPKMB terus mengorak langkah menyahut seruan kerajaan dengan mempelbagaikan tanaman iaitu projek tanaman nanas MD2. Varieti nanas MD2 merupakan varieti premium nanas dunia yang mendapat permintaan tinggi di kebanyakan negara terutamanya Negara China yang memerlukan 100 kontena sebulan namun ketika ini purata hanya 7 kontena sebulan dihantar ke negara tersebut.
  • Di samping itu banyak syarikat telah mula beralih kepada perladangan terutama projek tanaman nanas. Ini bermakna sehingga hujung tahun 2020, koperasi akan memiliki tanaman nanas seluas 20 ekar. Dijangka purata hasil bersih yang akan dinikmati adalah sebanyak RM5.00 setiap pokok untuk tempoh setahun merangkumi jualan buah dan anak-anak pokok.
  • Bagi memenuhi permintaan yang tinggi terhadap buah Nanas MD2 dan potensi pasaran dalam tempoh 10 tahun akan datang, perluasan skop tanaman memerlukan penyediaan modal yang besar. Oleh sebab itu , KPPKMB bercadang untuk memperkenalkan Skim Ladang Kontrak tanaman Nanas MD2 kepada anggota-anggota KPPKMB.
  • Ladang yang diusahakan sekarang telah menjadi contoh yang telah dilawati oleh beberapa wakil/ agensi pertubuhan seperti Suruhanjaya Koperasi Malaysia(SKM), Jabatan Pertanian Negeri , Lembaga Nanas Malaysia , Persatuan Perkebun –Perkebun Nanas Kebangsaan , Lembaga Pertubuhan Peladang, MARDI, dan persatuan NGO yang lain.
  • KPPKMB juga melangkah lebih jauh dlm projek Skim Ladang Kontrak tanaman Nanas MD2. Menerusi skim ini, KPPKMB akan menawarkan 1 lot tanaman mengandungi 500 pokok pada harga jualan tertentu dan selepas 3 tahun , KPPKMB akan membeli semula lot tersebut pada harga + untung.