- Pokok kelapa terkenal dengan gelaran pokok seribu guna. Antaranya ialah mayang kelapa boleh menghasilkan air nira yang sangat digemari oleh penduduk pantai timur, buah kelapa muda sebagai minuman isotonic dan penghasilan tenaga , kelapa tua untuk penghasilan kelapa parut dan santan, disamping digunaan sebagai bahan proses untuk dijadikan produk akhir seperti tali, ,produk berus , cenderahati, atap/ sarung ketupat , lidi penyapu, minyak kelapa dara, sabun dan banyak lagi. Kebiasaannya pokok kelapa akan memberikan hasil pada tahun ke-3 penanaman.
- Pojek tanaman kelapa jenis Mataq & SGG telah mula di tanam sepenuhnya pada bulan Julai 2018 dan terdapat 780 pokok ditanam diatas tanah seluas 10 ekar.
- Selepas tempoh 12 bulan, kebanyakan pokok menunjukkan tumbesaran mengikut jadual. Sebanyak kira- kira 10% mengalami masalah akibat daripada musim kering berpanjangan pada awal tahun 2019 dan serangan binatang liar.
- Namun masalah yang dihadapi telah dpt diatasi dengan diberi baja tambahan dan pemasangan lampu ‘spot light’. Kini, pokok-pokok kelapa Matag yang terencat telah tumbuh tunas baru .
- Tanaman kelapa dijangka membuahkan hasil seawal tahun ketiga secara berperingkat iaitu sekitar bulan Julai 2021 dan dijangka membuahkan hasil keseluruhannya pada bulan Januari 2022.


