Projek
Mesin Vending
- Cadangan projek ini terhasil dari idea anggota koperasi sendiri sebagai satu proposal untuk mempelbagaikan aktiviti ekonomi KPPKMB. Susulan daripada cadangan tersebut , perbincangan bersama syarikat pembekal mesin vending (VM) , Vendmac Pro Solutions telah diadakan pada 24 September 2019 dan lawatan ke lokasi VM di Taman Puncak Jalil dan di Putrajaya telah dibuat pada 24 Oktober 2019.
- Mesin vending sesuai di letakkan dalam kelompok sasaran pelanggan yang ramai seperti dalam kawasan kampus pelajar, hospital, kawasan kilang, stesesn pengankutan awam dan sebagainya.
- Menerusi hasil perbincangan yang telah dibuat , vendor telah mendapatkan 10 tempat yang begitu strategik iaitu di dalam kawasan kampus UiTM Puncak Alam. Pada awal tahun 2020 KPPKMB memutuskan untuk membeli 6 unit mesin pada harga selepas diskaun sebanyak RM24,000.00 seunit atau jumlah keseluruhan sebanyak RM144,000.00. Pada bulan Disember 2020 dengan pemasangan tiga tapak di UiTM Puncak Alam dan 2 tapak dalam kawasan kilang di Ijok.