Informasi Korporat

Mengenai Kami

Informasi Korporat

Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Malaysia Berhad (KPPKMB) ditubuhkan pada 23 Julai 1963 untuk mengatasi masalah perumahan yang dialami oleh pegawai-pegawai kerajaan pada ketika itu. Dengan kerjasama Majlis Kebajikan dan Rekreasi Perkhidmatan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu maka lahirlah koperasi Federation of Malaya Government Officers’ Housing Cooerative Society Limited yang didaftarkan pada 23 Julai 1963 dan tertakluk kepada undang-undang kecil dan Akta Koperasi. Dengan sokongan kerajaan di bawah pimpinan YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (Al-Marhum) dan di bawah teraju pengerusi pertama, Yang Berbahagia Tan Sri, Dato’ Abdul Jamil bin Abdul Rais (Allahyarham), Koperasi ini telah membeli sebuah ladang getah, Diana Rubber Estate, seluas 218 ekar di Petaling Jaya untuk membangunkan perumahan khusus untuk dijual kepada pegawai kerajaan. Dalam perkembangannya, Koperasi ini telah melalui beberapa kali perubahan nama daripada Federation of Malaya Government Officers’ Housing Cooerative Society Limited kepada The Malaysian Government Officers’ Housing Cooperative Society Limited dan akhirnya kepada Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Malaysia Berhad.