Perlukan sebarang bantuan?
Soalan Keanggotaan
TUJUAN PENUBUHAN KOPERASI?
Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Malaysia Berhad ditubuhkan untuk mengatasi masalah perumahan yang dihadapi oleh pegawai-pegawai kerajaan pada awal tahun 60-an.
Rujuk pengenalan & sejarah penubuhan Koperasi di laman web.
SIAPAKAH YANG BOLEH MENDAFTAR SEBAGAI ANGGOTA KPPKMB?
Keanggotaan Koperasi ini terbuka kepada pegawai kerajaan, pasangan atau anak kepada anggota dan pekerja Koperasi berusia 18 tahun ke atas.
APAKAH DEFINISI ISTILAH PEGAWAI KERAJAAN?
“Pegawai Kerajaan” ertinya mana-mana pekerja tetap atau pesara atau bekas pekerja yang berkhidmat di bawah perkhidmatan kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri atau mana-mana badan pertubuhan yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang dalam negeri.
BOLEHKAH SESEORANG YANG BERHENTI DARIPADA KERAJAAN MEMOHON KEANGGOTAAN KOPERASI?
Boleh.
Rujuk syarat permohonan keanggotaan KPPKMB.
ADAKAH KOPERASI INI DIBAWAH NAUNGAN SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA?
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) adalah entiti telah diperbadankan pada 1 Januari 2008 untuk memantau koperasi di Malaysia. Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) ialah sebuah jabatan kerajaan di bawah kementerian Pembangunan Usahawan Malaysia (MED).
APAKAH AKTIVITI YANG DIJALANKAN OLEH KPPKMB?
KPPKMB menjalankan aktiviti pelaburan tunai, pelaburan aset bangunan, aktiviti pajak gadai islam (Ar-Rahnu X’Change), aktiviti perkhidmatan, aktiviti pertanian, aktiviti pembiayaan dan aktiviti anak syarikat. Boleh rujuk pada profil Koperasi atau layari laman web Koperasi untuk maklumat lengkap.
BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MEMOHON KEAHLIAN SEBAGAI ANGGOTA KOPERASI?
Pemohon perlu mengisi borang permohonan keanggotaan dan menghantar bersama salinan butiran bayaran Modal Syer sebanyak RM500.00 dan fi masuk sebanyak RM50.00. Borang permohonan boleh dihantar ke KPPKMB atau melalui email. Borang juga boleh didapati dari laman web Koperasi.
ADAKAH SIJIL DIKELUARKAN UNTUK PENAMBAHAN MODAL SYER TERSEBUT?
Tidak. Tiada sijil akan dikeluarkan kerana ianya direkod dalam sistem komputer. Penyata transaksi tambahan saham akan diberikan kepada anggota.
PERLUKAH ANGGOTA BUAT CARUMAN BULANAN?
Tidak. Bayaran wajib mendaftar keanggotaan hanya dengan menjelaskan bayaran modal syer sebanyak RM500.00 untuk sekali bayaran dan fi masuk sebanyak RM50.00.
BOLEHKAH SAYA MEMBUAT PENAMBAHAN MODAL SYER SAYA?
Boleh. Rujuk pegawai Koperasi untuk bantuan.
BILA PENAMBAHAN MODAL SYER BOLEH DILAKUKAN?
Penambahan modal syer boleh dilakukan pada bila-bila masa.
BERAPA MINIMUM PENAMBAHAN MODAL SYER YANG ANGGOTA BOLEH DIBUAT?
KPPKMB tidak menetapkan jumlah minimum penambahan modal syer. Setiap penambahan mestilah mengikut ketetapan institusi perbankan (pindahan “transfer online”).
BAGAIMANAKAH CARA PEMBAYARAN TAMBAHAN MODAL SYER TERSEBUT?
Anggota perlu mengisi borang penambahan syer yang boleh didapati melalui laman web rasmi KPPKMB dan melakukannya bayaran tunai dengan mengkreditkan jumlah tambahan tersebut ke akaun bank Koperasi.
Seterusnya tuan/puan adalah diminta memberikan kerjasama untuk menghantarkan salinan “slip bayar masuk/deposit” berkenan bersama Borang Permohonan Tambahan Modal Syer ke pejabat Koperasi atau email.
APAKAH SUMBANGAN KOPERASI KEPADA ANGGOTA SEKIRANYA BERLAKU KEMATIAN?
Anggota yang meninggal dunia akan menerima sumbangan khairat kematian menerusi waris atau penama masing-masing.
Rujuk kelebihan/ manfaat keanggotaan di laman web Koperasi.
APAKAH MAKSUD IMBALAN KESETIAAN?
Imbalan kesetiaan merujuk kepada ganjaran yang diberi atas kesetiaankepada anggota yang telah menjadi anggota sekurang-kurangnya 25 tahun & berumur 75 tahun ke atas.
APAKAH SUMBANGAN YANG DIBERIKAN ATAS KECEMERLANGAN ANAK?
Terdapat 3 kategori sumbangan kecemerlangan iaitu bagi SPM (keputusan min.6A), kemasukan peringkat Diploma, dan kemasukan Ijazah Sarjana Muda.
BERAPA LAMA TEMPOH KELULUSAN UNTUK MENJADI ANGGOTA KPPKMB?
Setiap permohonan anggota baru perlu mendapat kelulusan dalam mesyuarat. Proses dijangka seawal 7 hari dan sehingga sebulan.
SIAPA PENAMA?
Penama merupakan waris yang dinamakan oleh anggota.
APAKAH MAKSUD IMBALAN KESETIAAN?
Imbalan kesetiaan merujuk kepada ganjaran yang diberi atas kesetiaankepada anggota yang telah menjadi anggota sekurang-kurangnya 25 tahun & berumur 75 tahun ke atas.
APAKAH SUMBANGAN YANG DIBERIKAN ATAS KECEMERLANGAN ANAK?
Terdapat 3 kategori sumbangan kecemerlangan iaitu bagi SPM (keputusan min.6A), kemasukan peringkat Diploma, dan kemasukan Ijazah Sarjana Muda.
BERAPA LAMA TEMPOH KELULUSAN UNTUK MENJADI ANGGOTA KPPKMB?
Setiap permohonan anggota baru perlu mendapat kelulusan dalam mesyuarat. Proses dijangka seawal 7 hari dan sehingga sebulan.
SIAPA PENAMA?
Penama merupakan waris yang dinamakan oleh anggota.
SEKIRANYA PERMOHONAN KEANGGOTAAN TELAH DILULUSKAN, ADAKAH MANFAAT DAN PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN DAPAT DIPEROLEHI SEBAGAI ANGGOTA KPPKMB?
Tiap-tiap anggota yang telah menjelaskan bayaran modal syer RM500, boleh melaksanakan segala hak, kewajipan dan liabiliti sebagai seorang anggota.
BERAPAKAH KADAR DIVIDEN YANG AKAN DIBAYAR KEPADA SAYA?
Kadar dividen adalah bergantung kepada prestasi kewangan tahun semasa Koperasi yang berakhir pada 31 Disember pada setiap tahun dan berdasarkan kepada pegangan syer pada 30 Jun tahun yang sama. Kadar dividen ini perlu mendapat kelulusan Mesyuarat Agung Perwakilan setiap tahun.
BAGAIMANAKAH STATUS PEMBAYARAN DIVIDEN JIKA KEANGGOTAAN SAYA TIDAK MENCUKUPI TEMPOH SETAHUN?
Agihan dividen dikira berdasarkan kepada pegangan syer masing-masing pada 6 bulan sebelum tahun kewangan ditutup dan nama ada didalam daftar keanggotaan pada tarikh akhir tahun kewangan.
BAGAIMANA CARA UNTUK SEMAK DIVIDEN TAHUNAN DAN LANGGANAN SYER SAYA?
Dividen dan langganan syer boleh disemak menerusi portal anggota dalam laman web Koperasi.
ADAKAH SAYA BOLEH MENERUSKAN KEANGGOTAAN BERSAMA KOPERASI SEKIRANYA SAYA BERHENTI DARIPADA PERKHIDMATAN (BERHENTI KERJA)?
Sekiranya seseorang anggota telah berhenti kerja atau bersara wajib, mereka masih menjadi anggota Koperasi.
ADAKAH MODAL SYER SAYA AKAN DIKEMBALIKAN SEKIRANYA SAYA MEMBUAT PENAMATAN SECARA SUKARELA?
Ya, modal syer anggota akan dikembalikan mengikut jumlah baki semasa setelah ditolak dengan lain-lain kos (jika ada), tertakluk kepada keperluan notis 12 bulan.
.....................................................................................................................
Kelulusan penamatan keanggotaan tertakhluk kepada UUK Koperasi perkara 21(1) iaitu : “Seseorang anggota boleh menarik diri daripada koperasi dengan memberi notis bertulis dua belas (12) bulan terlebih dahulu”
Selepas itu, segala wang caruman tuan/puan akan dikembalikan tertakluk kepada UUK Koperasi perkara 24(1) iaitu :
“Jika seseorang anggota terhenti menjadi anggota koperasi ini, semua wang kepunyaannya setelah ditolak hutangnya dengan koperasi akan dikembalikan kepada anggota selepas akhir tempoh notis”
SAYA TELAH BERHENTI MENJADI ANGGOTA KPPKMB. BOLEHKAH SAYA MENYAMBUNG KEANGGOTAAN SEMULA BERSAMA KPPKMB?
Boleh. Anggota perlu membuat pendaftaran keanggotaan baharu tertakluk kepada keputusan mesyuarat Lembaga Koperasi mengikut peraturan dan Undang-Undang Koperasi. Fi masuk untuk bekas anggota adalah sebanyak RM100.
Perlukan sebarang bantuan?
SISTEM PORTAL KEANGGOTAAN
BAGAIMANA UNTUK DAPATKAN ID PENGGUNA DAN KATA LALUAN DI PORTAL ANGGOTA?
ID Pengguna dan Kata Laluan anggota boleh dipohon atau diperolehi dengan menghubungi pegawai keanggotaan dari Koperasi.
SEKIRANYA SAYA INGIN MENGEMASKINI BUTIRAN MAKLUMAT SAYA DALAM PORTAL ANGGOTA, ADAKAH SAYA PERLU MENGHUBUNGI KPPKMB?
Anggota boleh mengemaskini butiran maklumat diri melalui Portal Anggota tanpa perlu menghubungi KPPKMB.
APAKAH KEGUNAAN RUANGAN PORTAL ANGGOTA?
Portal Anggota adalah medium bagi anggota untuk menyemak maklumat saham, dividen dan lain-lain berkaitan.
BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MENGEMASKINI ALAMAT TEMPAT TINGGAL YANG TERKINI?
Anggota boleh mengemaskini maklumat diri melalui tiga (3) kaedah iaitu, melalui Portal Anggota, email, atau boleh menghubungi talian Koperasi.