MAPT Ke-26
28 September 2025, Ahad bertempat di Institut Koperasi Malaysia (IKMa), Petaling Jaya, Selangor.
Syukur alhamdulillah, Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) KPPKMB ke-26 telah selesai dengan lancar pada tahun ini. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua perwakilan, anggota, tetamu jemputan dan warga kerja KPPKMB yang telah memberikan komitmen padu sepanjang perjalanan mesyuarat. Kehadiran, pandangan dan sokongan anda semua amat kami hargai kerana inilah nadi kekuatan koperasi kita. Semoga keputusan dan perancangan yang telah diputuskan bersama menjadi pemangkin kepada kejayaan KPPKMB di masa akan datang.


